Tali Pinggang Keledar Belakang

KUALA LUMPUR: Hanya kenderaan persendirian didaftar selepas 1 Januari 1995 yang dilengkapi tali pinggang keledar tempat duduk belakang, tetapi tidak menggunakannya akan dikenakan tindakan apabila peraturan berkenaan mula dikuatkuasa pada 1 Januari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata walaupun hanya 10 peratus kenderaan dikeluarkan selepas tempoh itu tidak dilengkapi tali pinggang keledar, namun pihaknya menggalakkan pemilik berkenaan supaya memasangnya.

“Ramai yang keliru mengenai peraturan ini. Hanya mereka yang mempunyai tali pinggang keledar belakang dan tidak memakainya dikenakan saman.

“Peraturan ini dikecualikan bagi pemilik kenderaan berdaftar sebelum 1 Januari 1995, tetapi kita galakkan mereka memasang tali pinggang keledar. Ramai yang keliru mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media sempena Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Suret berkata, menerusi penguatkuasaan peraturan itu, bilangan kematian, cedera parah serta cedera ringan membabitkan penumpang di belakang dijangka dapat dikurangkan sehingga 50 peratus pada tahun depan.

“Sebanyak 400 kematian dicatatkan pada tahun ini dan ia dijangka dapat dikurangkan kepada lingkungan 175 hingga 200 kes jika pengguna jalan raya patuh terhadap peraturan berkenaan.

“Manakala sebanyak 700 kes pula membabitkan kecederaan serius di mana ia mungkin dapat dikurangkan kepada 350 atau 400 kes. Sebanyak 2,100 kes cedera ringan juga kita jangka dapat dikurangkan kepada 50 peratus,” katanya. -Adapted from Harian Metro Online, 20 December 2008

p/s: Bila ramai dah keliru baru nak bgtau, awal² masa nak umumkan perkara ni kenapa tak jelaskan dengan panjang lebar.. err.. selain proton, perodua ada sediakan perkhidmatan percuma utk pemasangan tali pinggang keledar belakang tak?

2 comments:

Батсүхийн Баасанжаргал said...

HAPPY NEW YEAR.

Ir. hydir said...

tali pinggang hanya utk kenderaan yg mempunyai nya dan kenderaan baru lepas 2009..

pastikan memakainya...tp kalo anak ramai lagu mana ye... :)

Copyright © 2008 - Zul's Blog - is proudly powered by Blogger