Tali Pinggang Keledar Belakang

KUALA LUMPUR: Hanya kenderaan persendirian didaftar selepas 1 Januari 1995 yang dilengkapi tali pinggang keledar tempat duduk belakang, tetapi tidak menggunakannya akan dikenakan tindakan apabila peraturan berkenaan mula dikuatkuasa pada 1 Januari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, berkata walaupun hanya 10 peratus kenderaan dikeluarkan selepas tempoh itu tidak dilengkapi tali pinggang keledar, namun pihaknya menggalakkan pemilik berkenaan supaya memasangnya.

“Ramai yang keliru mengenai peraturan ini. Hanya mereka yang mempunyai tali pinggang keledar belakang dan tidak memakainya dikenakan saman.

“Peraturan ini dikecualikan bagi pemilik kenderaan berdaftar sebelum 1 Januari 1995, tetapi kita galakkan mereka memasang tali pinggang keledar. Ramai yang keliru mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media sempena Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Suret berkata, menerusi penguatkuasaan peraturan itu, bilangan kematian, cedera parah serta cedera ringan membabitkan penumpang di belakang dijangka dapat dikurangkan sehingga 50 peratus pada tahun depan.

“Sebanyak 400 kematian dicatatkan pada tahun ini dan ia dijangka dapat dikurangkan kepada lingkungan 175 hingga 200 kes jika pengguna jalan raya patuh terhadap peraturan berkenaan.

“Manakala sebanyak 700 kes pula membabitkan kecederaan serius di mana ia mungkin dapat dikurangkan kepada 350 atau 400 kes. Sebanyak 2,100 kes cedera ringan juga kita jangka dapat dikurangkan kepada 50 peratus,” katanya. -Adapted from Harian Metro Online, 20 December 2008

p/s: Bila ramai dah keliru baru nak bgtau, awal² masa nak umumkan perkara ni kenapa tak jelaskan dengan panjang lebar.. err.. selain proton, perodua ada sediakan perkhidmatan percuma utk pemasangan tali pinggang keledar belakang tak?

Petrol dan Tarif Elektrik

Sepatutnya turun 48 sen dan harga minyak RM1.42 sahaja - Guan Eng
Abdul Aziz Mustafa
Wed | Dec 17, 08 | 2:23:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).

Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.

"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.

"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," kata Guan Eng.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya semalam, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.

"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya.

Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna.

"Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik," kata Guan Eng.

Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini. -HarakahDaily.net, 17 December 2008

"Saya menyokong apa yg dikatakan oleh Guan Eng ni.. (Hanya menyokong kenyataan).. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika kerajaan dapat mengarahkan TNB supaya menurunkan tarif elektrik kepada tarif sebelum ini.. lebih bagus jika tarifnya lagi rendah sbb harga petrol pon da turun kan.. Mengenai harga petrol tu, mungkin kerajaan boleh turunkan lagi dari semasa ke semasa, bersyukur kerana harga petrol sekarang ni lebih murah berbanding sebelum kenaikan sehingga 78sen sebelum ni.."

Saksi Jenayah Boleh Tukar Identiti Baru

Kebetulan tak tido lagi waktu ni (4.25am), so took advantage dengan surfing utusan online.. Dalam byk² berita yg saya baca, saya terpanggil utk share tentang changing identity utk saksi jenayah which is perkara baru dalam sistem perundangan di negara kita, Malaysia walaupun pada hakikatnya, undang² ini telah digunapakai di negara lain. So, berdasarkan intipati rang undang-undang di bawah ni, kita boleh lihat bahawa saksi jenayah telah diberikan perlindungan sewajarnya dan mereka tidak sesekali diabaikan oleh pihak berkuasa. (Pasni, harap²nya saksi jenayah xlah rasa takut utk tampil memberikan maklumat dengan adanya undang-undang baru ni) =)

Berikut merupakan intipati Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008

  • Program Perlindungan Saksi akan disenggarakan oleh Ketua Pengarah serta dibantu timbalannya yang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam.
  • Saksi yang mahu menyertai program boleh memohon kepada Ketua Pengarah atau mengemukakannya melalui sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
  • Pemohon perlu mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi undang-undang yang belum selesai termasuk rekod jenayah, tunggakan cukai dan hutang serta prosiding sivil terhadapnya.
  • Saksi kes jenayah berat dilindungi daripada diancam dan diugut termasuk dengan mewujudkan identiti baru.
  • Identiti asal saksi yang diberikan identiti baru tidak akan didedahkan dalam apa cara sekalipun.
  • Saksi akan disediakan tempat tinggal, pengangkutan bagi urusan pemindahan, bayaran yang setara dengan pendapatan dan jika tidak bekerja, diberi bayaran sara hidup, bantuan mendapatkan pekerjaan dan pendidikan.
  • Tiada seorang pun boleh mempunyai akses kepada daftar dan dokumen yang disimpan oleh Pendaftar kecuali Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah dan orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Peguam Negara.
  • Hanya Peguam Negara mempunyai kuasa muktamad untuk memutuskan sama ada seseorang saksi itu hendak dimasukkan ke dalam program atau sebaliknya, berdasarkan syor Ketua Pengarah.
  • Jika didapati memberikan maklumat palsu semasa memohon, seseorang itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Adapted from Utusan Online, 17th December 2008

Minyak turun lagi!!!

Berita gembira today.. kerajaan umumkan minyak petrol dan diesel turun 10sen mulai esok atau tepat jam 12 am arini..

Minyak turun lagi 10 sen.
15/12/2008 5:19pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa esok.

Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70. - Adapted from Utusan Online 15.12.2008 (Terkini Section)

Tp.. kenapa tarif elektrik tak turun-turun lagi ni?

PC Fair

Last day Pc Fair kat Mahkota Parade Melaka.. Dari dulu lagi mmg suka gi last day sbb biasanye diorang akan turunkan harga sambil lelong barangan diorang ni.. time ni la peluang nak beli.. Suasana kat pc fair di melaka ni taklah sehebat pc fair di KL, tp boleh tahan gak la sesaknye, nak jalan pon susah, ramai sangat manusia.. berpeluh jalan kat situ.. Odw nak gi pc fair ni pulak, jalan sesak, balik pon sama.. sesak sangat2.. Tp demi PC Fair, redah je.. So, tujuan gi pc fair kali ni:
  • Beli wireless router
  • Beli ....
  • Beli ....
which is fully sponsored by Pa Ma.. LoL

Copyright © 2008 - Zul's Blog - is proudly powered by Blogger