Paintball

SUKAN PAINTBALL

Pengenalan

Paintball mula diperkenalkan kira-kira 15 tahun dahulu, merupakan salah satu sukan ekstrem yang ketiga popular di dunia dengan kira-kira 12 juta org pengikut. Sukan ini juga disertai oleh pelbagai peringkat umur, tidak mengira tua atau muda, pelajar atau pekerja dan tidak lupa juga lelaki atau perempuan memandangkan sukan ini sesuai utk riadah dan melepaskan tekanan. Sukan ekstrem ini juga dimainkan dalam kumpulan di mana memerlukan kerjasama dan persefahaman yang tinggi di antara ahli di samping menguji fizikan dan mental seseorang. Biasa dimainkan dalam padang berbentuk segiempat tepat (180 kaki panjang dan 100 kaki lebar) dipagari oleh jaring) di penuhi dengan bunker dan 2 stesen bendera. Gambar di bawah menunjukkan padang paintball. (National Paintball League 2008 Cycle 4 @ Dataran Pahlawan, Melaka)



Tawan Bendera Musuh

Lazimnya sukan ini menggunakan format "tawan bendera musuh" di mana bendera pihak musuh perlu dibawa ke kubu kita sementara mengawal bendera sendiri sambil menanda atau eliminate (bunuh) pihak musuh dengan menggunakan senjata khas yang dipanggil "marker" seberapa ramai yang boleh. Selain itu, terdapat 3man, 5man, 7man dan 10man format. Pertandingan besar biasanya menggunakan format 5man / 7man format di mana setiap kumpulan mempunyai 5 org atau 7 org ahli dengan maksimum 5 minit masa permainan untuk setiap pusingan. Gambar di bawah menunjukkan marker dengan nama bahagian² yg ada pada sebuah marker.



Paintballs

Peluru (paintball / pallet) berbentuk sfera di mana mengandungi cecair berwarna dan disaluti oleh lapisan kapsul gelatin. Cecair ini juga mudah dibasuh dan tidak mengandungi toksik di mana cecair ini hanya diperbuat drp minyak sayuran. Pemain yang telah ditanda oleh cat ini di dalam padang, dikira terkeluar dari permainan. Gambar di bawah menunjukkan contoh pallet.



Keselamatan

Setiap pemain, sebelum masuk ke dalam padang, hendaklah memakai facemask (topeng) bagi tujuan keselamatan. Ini adalah kerana sebiji pallet mempunyai kelajuan 300 kaki per saat apabila dilepaskan / ditembak keluar dari marker boleh mengakibatkan kecederaan serius pada mata atau lebih teruk lagi, menjadi buta. Gambar di bawah menunjukkan contah facemask.



Selain itu, setiap padang akan diawasi / diadili oleh 6 org pengadil (minimum) termasuk seorang ketua pengadil. Fungsi pengadil adalah untuk mengeluarkan pemain yang telahpun ditanda, memberi penalti kepada pemain yang melanggar undang² dan juga memastikan keselamatan pemain semasa permainan. Gambar di bawah menunjukkan pengadil paintball.


0 comments:

Copyright © 2008 - Zul's Blog - is proudly powered by Blogger